16 December 2015
13 December 2015
NILAI KEAGAMAAN DAN KETUHANAN
NILAI KEAGAMAAN DAN KETUHANAN
Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Mengikut Redfield (1953) nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhi pemilihan ragam mksud dan selaga tindakan.
Di dalam nilai ini terdapat nilai keagamaan. Nilai-nilai keagamaan terdiri dari dua kata yaitu kata nilai dan keagamaan. Nilai itu sendiri adalah hakikat suatu hal yang menyebabkan hal itu dikejar oleh manusia. Nilai juga berarti keyakinan yang membuat seseorang bertindak atas dasar pilihannya. Dengan demikian nilai dapat dirumuskan sebagai sifat yang terdapat pada sesuatu yang menempatkan pada posisi yang berharga dan terhormat yakni bahwa sifat ini menjadikan sesuatu itu dicari dan dicintai, baik dicintai oleh satu orang maupun sekelompok orang, contoh hal itu adalahnasabbagiorang-orang terhormat mempunyai nilai yang tinggi, ilmu bagi ulama` mempunyai nilai yang tinggi dan keberanian bagi pemerintah mempunyai nilai yang dicintai dan sebagainya.
Berdasarkan temu ramah yang dijalankan bersama Puan Vimala, kami mendapati bahawa masyarakat India mempunyai tradisi dan kepercayaannya yang tersendiri. Menurut Puan Vimala, kepercayaan yang keluarga beliau amalkan adalah daripada kepercayaan nenek moyang mereka sendiri. Mereka menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Murugan. Murugan mungkin lebih dikenali orang ramai keranasangat simbolik dengan perayaan Thaipusam khususnya di Batu Caves dan Pulau Pinang. Ramai yang beranggapan sambutan itu sebagai tarikh kelahiran Murugan yang juga dikenali dengan nama-nama seperti Subramaniam, Velan, Kanthan, Kumaran dan Saravanan.
Agama Hindu terdapat enam mazhab yang menyembah Tuhan dalam bentuk Shiva, Shakti, Ganapathi, Murugan, Surya Narayanan dan Mahavishnu.
Bagaimanapun,berlaku interaksi antara keenam-enam mazhab ini.
Menurut kisah, golongan asura yang diketuai Surapadman mula memerangi golongan dewa di kayangan.Jadi , para dewa meminta bantuan daripada Shiva. Shiva menggunakan kuasa yang ada untuk “mencipta ” Murugan. Kemudian, Shakti yang merupakan pasangan kepada Shiv a menghadia hkan “vel” iaitu senjata khas yang bakal digunakan untuk menghapuskan S urapadman. Maka, tarikh penyerahan kuasa dalam bentuk vel itulah yang disambut sebagai Thaipusam. Itulah juga sebabnya laungan “Vel! Vel !” paling utama semasa sambutan Thaipusam. Malah, sambutan Thaipusam yang khusus bagi penganut mazhab yang menyembah Murugan juga boleh disambut penganut mazhab-mazhab lain tanpa sebarang halangan.
Bagaimanapun,berlaku interaksi antara keenam-enam mazhab ini.
Menurut kisah, golongan asura yang diketuai Surapadman mula memerangi golongan dewa di kayangan.
2.0 RUMAH IBADAT DAN IBADAT YANG SERING DILAKUKAN
Hasil daripada temubual, kami mendapati bahawa Puan Virmala sering ke kuil bagi melakukan ibadat mengikut cara mereka. Hari Selasa dan Jumaat merupakan hari wajib bagi Kaum India untuk pergi ke kuil dan beribadat. Menurut beliau lagi, setiap kuil mempunyai tuhan yang berlainan. Seperti Puan Virmala sendiri, beliau akan pergi ke kuil yang bertuhankan Murugan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Antara Kuil Murugan yang terdapat di Malaysia ialah di Batu Cave. Puan Virmala kebiasaannya akan menjejak ke sana pada Perayaan Thaipusam.
Terdapat beberapa cara ibadat yang boleh dilakukan apabila ke kuil. Yang pertama, kaki perlulah dicuci dahulu sebelum melangkah ke dalam kuil. Seterusnya, apabila berhadapan dengan tuhan, mereka perlu tunduk hormat bersertakan niat. Apabila berdoa, mereka perlu meletakkan tangan di dada atau menadah tangan.
Selain itu, doa ini juga adalah untuk berterima kasih pada tuhan mereka. Jika mereka dilanda masalah, mereka perlu mengelilingi kuil yang mereka kunjungi untuk mendapatkan ketenangan. Tambahan lagi, apabila berkunjung ke kuil, mereka perlu membawa makanan untuk dihidangkan kepada tuhan mereka dan memecahkan kelapa di tempat yang dikhaskan. Kelapa sangat simbolik dalam agama Hindu kerana pada bahagian kulit luar kelapa yang lembut dan halus melambangkan tubuh manusia. Manakala, bahagian kulit kelapa yang keras pula melambangkan sikap egoisme yang harus dipecahkan dan air kelapa tersebut melambangkan jiwa manusia yang bersatu dengan Tuhan.
3.0 PERAYAAN THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang Pusam.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampundiatasdosadosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda syukur.
Hasil temubual, Puan Virmala akan ke Batu Cave bagi Perayaan Thaipusam. Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan berbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Selain itu, ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Pengkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Gambar 3: Tradisi Pecah Kelapa ketika Thaipusam
9 December 2015
NILAI MATERIAL MASYARAKAT INDIA LUAR BANDAR
Seperti
yang kita sedia maklum, nilai material bermaksud nilai-nilai yang boleh dilihat
oleh mata kasar seperti kebudayaan, cara berpakaian, dan kesenian yang
diamalkan oleh sesebuah kaum. Pada kali ini, kami telah membuat kajian tentang
nilai material yang diamalkan oleh masyarakat india luar bandar.
1.
PAKAIAN
TRADISIONAL
Seperti bangsa
melayu yang kaya dengan pelbagai jenis pakaian tradisional, bangsa india luar
bandar juga mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri yang menjadi
kebanggaan bangsa mereka . Di hari perkahwinan,
pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala
wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja
mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli.
Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan
salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Figure 1
Begitu juga dengan pakaian formal dan
perayaan mereka, pakaian paling utama yang harus digayakan ialah sari dan dhoti
kerana ia telah menjadi simbolik utama bagi kaum india yang sudah dikenali hampir
di seluruh pelusuk dunia. Seperti bangsa melayu, mereka akan menggayakan baju
kurung dan baju melayu semasa perayaan kerana ianya sudah menjadi simbolik bagi
bangsa melayu di Malaysia.
1. KESENIAN
Hasil
temubual kami bersama Puan Vimala, beliau mengatakan ada
beberapa kesenian yang masih di amalkan
sehingga kini seperti yoga dan ‘kolams’. Kebiasaannya, kaum hindu akan menghiasi
rumah mereka dengan ‘kolams’ iaItu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras
yang diwarnai sebelum terbitnya matahari. Menurut kepercayaan mereka, ‘kolams’
ini dihias di hadapan pintu rumah mereka sebagai tanda keselamatan dan rahmat
supaya setiap penghuni di rumah tersebut mendapat kesejahteraan. Selain
daripada itu, pembentukkan kesenian ‘kolams’ dianggap sebagai satu tanda
penghormatan kepada makluk kecil tuhan seperti semut, serangga, ayam dan burung
datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk
senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh. Kemahiran membuat ‘kolams’ ini biasanya
diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Walaupun Nampak sukar
untuk membina sebuah ‘kolams’, tetapi mereka tetap boleh melakukan dengan cantik
dan unik. Menurut Puan Vimala, mereka hanya membuat ‘kolams’ mengikut
kreativitinya sendiri yang kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang
berwarna-warni. Beliau juga sempat meluahkan rasa kesal dengan perubahan
tradisi sekarang. Ada segelintir masyarakat inda yang hanya membeli pelekat ‘kolams’
di pasaraya kerana alasan tiada masa untuk membuat ‘kolams’ tersebut secara
traditional.
Selain
itu, yoga juga merupakan kesenian yang berasal dari masyarakat india. Kesenian
yoga wujud pada 5000 tahun dahulu. Kesenian yoga yang unggul ini adalah berasal
dari negara india. Kesenian yoga adalah berasal daripada gabungan kesenian
muzik dan pergerakan badan (Asana).
Kesenian muzik yang terdapat dalam kesenian yoga adalah terhasil daripada
sebutan Ohm dan Shanti. Kesenian yoga adalah salah satu seni yang terunggul antara
kesemua seni dalam kesusteraan agama hindu. Asana atau pergerakan badan dan
kesenian yoga terbahagi kepada beberapa jenis. Menurut Puan Vimala, kesenian
yoga dapat mengawal emosi seseorang dan menyebabkan kesihatan fizikal dan
mental terjamin. Menurutnya lagi, kesenian ini sedikit sebanyak dapat
mengelakkan diri daripada mengalami sebarang penyakit seperti kencing manis,
sakit jantung, kemandulan, darah tinggi dan sebagainya.
figure 2: 'kolams'
figure 3: yoga
1. ALAT KEBESARAN
Menurut Puan Vimala, antara alat
kebesaran atau alat yang wajib ada di dalam setiap rumah penganut hindu ialah
alat penyembahan . Antara alatan yang digunakan untuk melakukan upacara
sembahyang bagi kaum hindu adalah talam yang diisi dengan kemenyan dan kapur.
Selain itu, disediakan juga segelas air yang diisi di dalam gelas yang
diperbuat daripada tembaga dan sebuah loceng yang bersaiz kecil yang bertujuan
untuk memanggil tuhan mereka. Upacara sembahyang bagi kaum hindu ini wajib
dilakukan setiap pagi .Ada segelintir bangsa hidu yang membawa patung kecil
untuk memudahkan mereka untuk malakukan upacara sembahyang sekiranya tiada di
rumah. Tetapi tidaklah menjadi kewajipan untuk membawanya kemana-mana.
Nilai Kemasyarakatan dalam Masyarakat India Luar Bandar
Definisi kemasyarakatan
ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu. Masyarakat india merupakan antara etnik terbesar di Malaysia.
Mereka juga telah membentuk identiti rakyat Malaysia dengan budaya mereka
tersendiri.
Temubual dengan Puan Vimala
telah meberi kefahaman yang lebih mendalam kepada kami tentang masyarakat India
dari aspek kemasyarakatan. Antara hasil yang kami dapat adalah; kegiatan masa
lapang, kegiatan ekonomi, perayaan, petua-petua, pantang larang dan ciri-ciri
kepimpinan.
KEGIATAN MASA
LAPANG
Puan
Vimala merupakan seorang yang sangat sibuk. Jika beliau ada masa lapang, Puan
Vimala akan mengisinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Aktiviti yang
dilakukan oleh Puan Vimala ialah, senaman yoga, menghadiri majlis dan bermesra
bersama keluarga.
Senaman
yoga merupakan sebuah senaman yang berasal dari negara India. Yoga ialah
senaman yang dilakukan mengikut posisi yang tertentu. Terdapat banyak teori
yang dikemukakan tentang senaman yoga ini. Contohnya, yoga ini dilakukan
sebagai ritual agama Hindhu. Walaubagaimanapun, Puan Vimala gunakan senaman ini
cuma sebagai aktiviti riadah.
![]() |
| Gambar 1: Posisi yoga bernama Swastikasana |
Selain
itu, puan Vimala sangat suka membantu orang sekeliling. Beliau gemar hadir
majlis perkahwinan atau apa-apa perayaan untuk membantu dalam persiapan majlis.
Contohnya, pada majlis perkahwinan beliau akan tolong membuat kolum untuk majlis
tersebut.
![]() |
| Gambar 2: Lukisan kolum di lantai |
Kesibukan
Puan Vimala di tempat kerja telah menyebabkan beliau tidak dapat meluangkan
masa bersama keluarganya. Oleh sebab itu, beliau akan luangkan masa beliau
bersama kedua-dua anak beliau.
KEGIATAN
EKONOMI
Puan Vimalaa merupakan seorang tukang pembersih di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mambang Di Awan. Beliau juga melakukan kerja sampingan seperti berniaga. Sejak kehilangan suaminya, beliau mengambil alih tugas suaminya mencari rezeki untuk biaya anak-anaknya.
Anak perempuannya pula yang
bernama Vinushna, bekerja sebagai pembantu di klinik Rama sementara menunggu
peluang melanjutkan pelajaran.
PERAYAAN
Setiap
kaum mempunyai perayaan yang dilakukan turun temurun. Bagi masyarakat India,
terdapat tiga jenis perayaan utama iaitu, Deepavali, Thaipusam dan Ponggal
Gambar 3: Perayaan Deepavali
Deepavali
atau istilah Bahasa inggerisnya “The festival of light” merupakan suatu perayaan
agama Hindhu untuk meraikan cahaya. Pada perayaan ini penganut Hindhu akan
mandikan badannya dengan minyak lenga. Minyak lenga ini dikatakan suci bagi
kaum India, begitu juga kunyit. Minyak lenga dipercayai memberi kekuatan pada
badan mereka. Pembersihan rumah juga akan dilakukan lalu kunyit akan disapukan
di dalam rumah untuk menandakan kesucian rumah tersebut. Selepas disucikan,
kaum India menganggap diri mereka akan mulakan permulaan yang baru. Seterusnya,
kaum India akan mengunjungi kuil untuk sembahyang.
![]() |
| Gambar 4: Pemberian susu kepada dewa jika nazar tercapai |
Thaipusam
merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka
bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar. Nazar yang membawa
maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran seperti pemberian susu atau buah-buahan pada dewa mereka.
![]() |
| Gambar 5: Nasi manis |
Ponggal diraikan secara
beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya
diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai
hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama
terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. Hidangan yang selalu
dimasak didalam periuk tersebut ialah nasi manis.
PETUA
Petua
ialah suatu nasihat,
petunjuk atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang
berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.
Antara petua yang dapat dijelaskan
oleh Puan Vimalaa ialah petua selepas melahirkan anak. Pertama sekali, serbuk
kunyit harus disapu pada badan ibu dan bayi yang baru dilahir untuk memanaskan
badan. Di samping itu, ibu haruslah minum air kopi untuk tujuan yang sama iaitu
untuk memanaskan badan. Puan Vimalaa menyatakan bahawa tersebut tidak boleh
minum apa-apa minuman selain kopi. Ibu tersebut perlu diberi makan kari yang
digiling rempahnya tapi penggunaan santan harus dikecualikan. Ibu tersebut
dinasihatkan untuk memakan ayam kampong untuk mengelak dari sakit-sakit badan.
Ikan haruan juga boleh dimakan oleh ibu tersebut untuk mempercepatkan
kesembuhan luka. Selepas bayi berumur 3 bulan, bayi haruslah dibawa ke kuil untuk
sembahyang.
Selain petua selepas melahirkan
anak, Puan Vimalaa menyatakan kelebihan serbuk kunyit pada masyarakat India.
Serbuk kunyit dipercayai membawa simbol kesucian pada masyarakat India. Serbuk
kunyit digunakan untuk disapu pada dewa-dewa dan juga dinding rumah ketika
perayaan. Ia juga boleh disapukan untuk kehidupan seharian selepas mandi.
PANTANG LARANG
Setiap
bangsa mempunyai pantang larang sendiri untuk memastikan suatu tradisi
dipatuhi. Antara pantang larang yang disebut adalah:
1) Suami kepada
seorang isteri yang mengandung tidak boleh memukul ular. Ini disebabkan
masyarakat India mempercayai bahawa ia akan menyebabkan malang berlaku pada
keluarga seperti keguguran bayi yang dikandung isteri tersebut.
2) Suami kepada
seorang isteri juga tidak boleh membantu mengurus jenazah ketika pengebumian
walaupun ibunya sendiri.
3) Perempuan yang
menjalani haid tidak boleh memetik. Masyarakat India mempercayai bahawa
perempuan tersebut tidak berada dalam keadaan suci untuk memetik bunga yang
hidup kerana mereka percaya bahawa bunga tersebut mempunyai roh.
4) Pokok pisang
tidak boleh ditanam di depan rumah. Seperti kaum Cina mempercayai fengshui,
masyarakat India mempercayai kedudukan pokok pisang di depan rumah akan menghalang
angina dari masuk ke dalam rumah.
Nilai Kekeluargaan dalam Masyarakat India Luar Bandar
Didikan
Menurut Puan Vimala,
mengikut peredaran zaman sekarang sebagai ibu bapa tidak boleh memarahi anak.
Hal ini kerana anak-anak pada zaman sekarang mudah megambil jalan singkat
seperti melarikan diri dari rumah apabila ditegur atau dimarahi. Oleh itu, ibu
bapa perlu menggunakan cara pendekatan yang terbaik untuk menegur atau memberi
nasihat kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak akan memukul anak-anak
mereka apabila bila mereka melakukan kesalahan tetapi sebaliknya memberi teguran
secara berhemah agar anak lebih mudah untuk menerima nasihat daripada ibu bapa.
Malah anak-anak akan memberikan pertolongan kepada ibu bapa secara sukarela
tanpa perlu disuruh oleh ibu bapa mereka. Sebagai contohnya, si anak akan
membantu ibu bapa melakukan kerja rumah tanpa disuruh.
Selain itu, Puan Vimala
turut menyatakan bahawa walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka masih
memberi nasihat kepada anak-anak. Hal ini kerana mereka ingin anak-anak dapat
memilih jalan yang betul dalam kehidupan dan tidak tersalah membuat pilihan
dalam sesuatu perkara itu.
Gambar 1: Memarahi anak
Panggilan dalam Keluarga
Di dalam masyarakat orang India,
mereka mempunyai panggilan-panggilan tertentu untuk kesemua ahli keluarga mereka. Panggilan-panggilan
ini dapat menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain samada yang tua mahupun
yang muda. Terdapat juga panggilan-panggilan tertentu untuk menunjukkan
panggilan manja seseorang itu. Sebagai contoh, panggilan manja untuk anak
lelaki bagi masyarakat India ialah ayya manakala panggilan manja untuk anak
perempuan pula ialah amma. Anak-anak akan lebih mudah untuk disuruh jika mereka dipanggil dengan panggilan yang manja. Puan Vimala sering memanggil anak-anaknya dengan panggilan yang manja. Hal ini kerana anak-anaknya akan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang ikhlas tanpa rasa terpaksa. walaubagaimanapun, anak-anaknya sering membantu ibu mereka. Malah, ketiadaan bapa membuatkan mereka bergantung sepenuhnya hidup kepada ibu mereka. Panggilan-panggilan yang digunakan dalam keluarga masyarakat India dapat dilihat seperti rajah di bawah:
Bahasa
Melayu
|
Bahasa
Tamil
|
Suami
|
atta/engei
|
Isteri
|
pelle/mei
|
Anak
lelaki (panggilan manja)
|
ayya
|
Anak
perempuan (panggilan manja)
|
amma
|
Abang
|
ane
|
Kakak
|
aka
|
Adik
lelaki
|
tambhi
|
Adik
perempuan
|
tankechi
|
Kakak
ipar
|
anni
|
Pak
cik
|
mama
|
Mak
cik
|
atte
|
Rajah 1: Panggilan dalam keluarga
masyarakat India

Gambar 2: Keluarga masyarakat India
Perkahwinan
Menurut Puan Vimala, perkahwinan seseorang itu terpulang pada diri
masing-masing samada ingin memeluk agama yang dianuti oleh sumai atau isteri sekiranya berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Sebagai
contoh, sekiranya isteri beragama Kristian maka si suami mengikut agama si
isteri. Walaubagaimanapun, ianya merupakan hak individu untuk menukar agama
sekiranya berkahwin dengan orang yang berlainan agama. Di dalam perkahwinan, si
isteri perlu melebihkan suami kerana suami merupakan ketua keluarga.
Menurut Puan Vimala lagi
ketika sesi temuduga mengenai kehidupan masyarakat India, dalam masyarakat
India si suami tidak dibenarkan utuk berkahwin lebih daripada satu.
Walaubagaimanapun, sekiranya si isteri telah meninggal maka ianya dibenarkan.
Namun begitu, terdapat sesetengah suami yang mempunyai perempuan simpanan di
mana si isteri mereka tidak mengetahui tentang wanita simpanan tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak patut berlaku kerana seharusnya dalam kehidupan seseorang lelaki itu hanya mempunyai seorang perempuan sahaja iaitu isteri selain ibu sendiri. Sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai wanita simpanan, maka ia dilihat seperti sesuatu yang tidak baik kerana telah menduakan isteri. Seharusnya seseorang lelaki itu menghargai isterinya kerana telah bersusah payah bersamanya sejak dari awal perkahwinan.

Gambar 3: Perkahwinan campur masyarakat India
Subscribe to:
Posts (Atom)











