21 December 2015

Bab 3: Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015



NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)
NURUL SYAHIRA BT ALIAS (2014491474)
NUR SYAZWANI BINTI MOHD ZAINI (2014662526)
NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)



Soalan 1:  Jelaskan konsep perlembagaan

-          Konsep Perlembagaan ialah Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja. Ianya juga terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis.



-          Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak kuasa dan prosedur serta tangunggjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.



-   Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?

Komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan ialah:

A) Perundangan yang melibatkan parlimen, dewan negara dan dewan rakyat dan juga rakyat iaitu pengundi
B) Eksekutif yang melibatkan perdana menteri, jemaah menteri dan kabinet,                         kementerian dan jabatan
C) Kehakiman iaitu termasuk ketua hakim negara dan mahkamah.



Soalan 2:  Mengapakah perlembagaan penting?

-          Perlembagaan sangat penting di sesebuah negara bagi menjamin dan memastikan kelangsungan kestabilan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di dalam negara. Hal ini demikian kerana, perlembagaan menjadi dasar atau formula bagi sumber rujukan dalam apa-apa masalah yang berlaku mengenai kerajaan, kepelbagaian agama, mahupun bangsa.



Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?

-          Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.



Soalan 3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

-          Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.



Soalan 4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:



Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Ahli Majlis Kuasa Raja Melayu tanpa kuasa.
Raja-raja Melayu menjadi ketua agama.
DYMM Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama bagi negeri-negeri dan agama Islam adalah urusan negeri-negeri serta menurut tradisi dan warisan sejarah, Raja-Raja Melayu berkuasa penuh ke atas agama Islam.
Agama Islam
Penyatuan pentadbiran Agama Islam
Islam adalah agama persekutuan.
Agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Kedudukan negeri-negeri Melayu
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
11 buah negeri digabungkan
Kedudukan negeri-negeri yang lazimnya masing-masing mempunyai autonomi dan kekuatan sendiri.
Kerakyatan / Kewarganegaraan
Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli
Syarat kerakyatan diperketatkan.
Melalui jus soli, perkahwinan, naturalisasi dan jus sanguinis.
Ketua Pentadbiran Negeri
Pegawai British
Raja-raja melayu menjadi ketua negeri Melayu.
Yang di-pertuan Agong dengan nasihat perdana menteri.
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Hak dan keistimewaan orang Melayu terhakis.
Hak dan keistimewaan orang Melayu dijamin dan dikekalkan
Hak dan keistimewaan orang Melayu dijamin dan dikekalkan




Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?

-          3 sebab utama utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union ialah kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri, hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli, dan hak sama rata kepada semua warganegara tanpa  mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak  memiliki apa-apa keistimewaan.
Penduduk Tanah Melayu pada ketika itu sangat mementingkan kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa mereka. Semangat patriotisme mereka juga sangat kuat pada ketika itu.



Soalan 5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia


Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Perkara imbangannya
Pemerintahan Beraja

·         Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara
·         Dilindungi di bawah Akta Hasutan.
·         Dianggap sebagai isu sensitif
·         Dilarang dijadikan isu perbincangan awam
·         Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan

·         Tonggak keagungan kerajaan Malaysia
·         Memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita

Islam sebagai agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk:
·         Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam
·         Melaksanakan ajaran Islam
·         Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.
·         Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
·         Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
·         Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
·         Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
·         Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
·         Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

·         Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
·         Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
·         Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
·         Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

Bahasa lain dibenarkan untuk diguna
Kedudukan istimewa orang Melayu
·         YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan
·         Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada sesiapa merakan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan biasiswa, keistimewaan atau pelucutan dan penamatan permit yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut.
·         Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain
·         Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu
·         Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan
·         Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia
·         Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang pendidikan
·         Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing
Hak etnik lain tidak boleh dilucutkan





Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)

-          Apakah persamaan dan perbezaan?



Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Dibentuk berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957


Al-Quran dan al-Hadis
Tujuan
Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Utuk mengubah sikap ‘assabiyah di kalangan penduduk Madinah dan untuk dijadikan panduan untuk hidup bersama di antara orang Islam dengan bukan Islam di Madinah.

Hak pemerintah
Hak untuk ditaati dan dipatuhi
Hak untuk ditaati dan dipatuhi

Hak rakyat
Hak bersuara, berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan melalui saluran-saluran yang betul.

Kebebasan beragama, hak mendapat keamanan dan perlindungan, hak sama rata
Tanggungjawab pemerintah
Menjaga perpaduan rakyat dan keharmonian negara.

Mentafsir, menunjuk, dan melaksanakan syariat Islam.
Tanggungjawab rakyat
Menyanjung, menunjung tinggi,mendaulat, dan mempertahankan
Perlembagaan Malaysia.

Mentaati, memberi dokongan, dan nasihat kepada pemerintah.

Berusaha mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Mempertahankan kedaulatan negara, mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Hubungan dengan bukan Islam
Saling menjaga kehormatan di antara satu sama lain

Saling menjaga kehormatan di antara satu sama lain