
LATIHAN BAB 5 : POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Sila jawab semua soalan secara berkumpulan.
Tuliskan nama ahli dan no matriks untuk tujuan semakan.
NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)
NURUL SYAHIRA BT ALIAS (2014491474)
NUR SYAZWANI BINTI MOHD ZAINI (2014662526)
NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)
1.
Sistem politik Malaysia adalah
berdasarkan Raja berperlembagaan dan
Demokrasi berparlimen. Jelas dua konsep tersebut.
•Raja Berperlembagaan -
Ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua
negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir
daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.
•Demokrasi Berparlimen -
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan
sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan.
2.
Modenisasi dalam sistem politik
Malaysia mempunyai beberapa matlamat tertentu.
Huraikan 2 matlamat pembangunan atau modenisasi politik di Malaysia.
i.
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa merupakan
matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan
bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia,
proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu pada keperluan politik.
ii.
Perubahan struktur dan budaya politik
Perbezaan
struktur politik iaitu perubahan struktur politik yang bersifat feudal kepada struktur
politik yang berpegang kepada prinsip pembahagian kuasa pemerintahan antara
tiga badan yang saling terpisah dan mengawasi antara satu sama lain iaitu
kehakiman, perundangan dan eksekutif.
Sekularisasi
budaya politik ialah perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal
dan tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada budaya politik yang
memisahkan kedua-dua unsur tersebut.
3.
Terdapat 3 pembaharuan yang dibawa
oleh Barat dalam politik di Malaysia iaitu konsep negara bangsa, perubahan struktur
politik dan perubahan budaya politik.
Bincangkan ketiga-tiga perubahan tersebut dengan memberikan contoh yang sesuai.
Ø Konsep negara bangsa
Diasaskan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam
masyarakat Melayu tradisional, kemunculan kerajaan disebabkan oleh raja. Rakyat
menumpahkan kesetiaan kepada raja akan menentukan sempadan kerajaan. Kuasa
Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional.
Bagi masyarakat Melayu tradisional, negeri bererti kawasan, manakala kerajaan
disebut sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. British menetapkan
sempadan setiap kerajaan. Pengenalan Malayan Union untuk membina Negara dan
bangsa. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua negeri
Melayu dalam pentadbiran pusat. Malaysia dibentuk dengan penggabungan Sabah dan
Sarawak. Pembinaan bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 28
Februari 1991.
Ø Struktur
politik – demokrasi politik
Struktur politik masyarakat tradisional sebelum
kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah memberikan
kuasa mutlak kepada raja atau sultan. Masyarakat feudal sangat memerlukan
perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat
dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini setiap orang terikat dengan sistem
itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja
menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini
dapat dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa
oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan
kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi
masyarakat tradisional tempatan. Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek
penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah dan
penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada
sesiapa yang dikehendakinya terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi
faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai. Hal ini dapat
dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di
Muara Sungai Perak sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman
kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-1872 mendapat $180,000 setahun
daripada lombong-lombong di Larut. Kehadiran kolonialisme British telah
menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan
ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan daripada pengenalan dasar ekonomi
yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar
Ø Budaya
politik –
Budaya politik yang demokratik,
patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat,
bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga
kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat,
oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau
menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta
kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa berdasarkan
kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan
Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan
perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam,
bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur
dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik
yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilai-nilai Islam serta etika.
4.
Apakah yang dimaksudkan dengan negara
bangsa?
-
Negara bangsa ialah suatu wilayah yang
mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.
Berikan contoh negara yang
mengamalkan dasar negara bangsa selain Malaysia?
-
Portugal, Iceland, dan Jepun.
Apakah ukuran pencapaian
bagi konsep negara bangsa?
-
Pembinaan Negara bangsa dapat dicapai
melalui pelbagai pendekatan, termasuk penerapan dasar awam yang digubal oleh
kerajaan dan pemupukan semangat permuafakatan nasionalisme melalui simbol dan
ritual Negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan perayaan hari
kemerdekaan.
5.
Demokrasi adalah satu nilai yang
dianggap universal dan dipaksakan oleh Barat ke atas dunia. Apakah kebaikan dan keburukan demokrasi
menurut Islam?
Kebaikan
Demokrasi
|
Keburukan
Demokrasi
|
1)
Tidak mengambil kira kepentingan
golongan tertentu kerana menganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan
layanan yang sama patut diberikan. Semua rakyat diberi hak sama rata.
2)
Rakyat berhak memilih pemimpin.
3)
Rakyat berhak memberi pandangan dan
menyuarakan pendapat.
4) Semua
rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan.
5) Melindungi
hak rakyat.
|
1)
Demokrasi bersumberkan dari akal
manusia yang lemah sedangkan Islam bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’,
dan Qiyas.
2)
Undang-undang dilaksanakan
berasaskan fikiran manusia sedangkan dalam Islam undang-undang merupakan hak
Allah dan dilaksanakan oleh manusia.
3)
Menghukum melalui undang-undang yang
telah disepakati oleh majority wakil rakyat sedangkan Islam menghukum melalui
syariat Islam.
4)
Hukum sesuatu itu berubah-ubah
menurut kehendak dan kemahuan majoriti wakil rakyat sedangkan dalam syariat
Islam sifatnya kekal tetapi boleh berubah mengikut keadaan seperti darurat.
5)
Penyelesaian masalah berdasarkan
undian atau pungutan suara sedangkan Islam mengamalkan musyawarah.
|
6.
Apakah indikator yang dapat mengukur
tahap demokrasi sesebuah negara?
-
Melalui pengamalan konsep “Rule of
Law”. Rule of law adalah satu legalisme undang-undang yang mengandungi sesuatu
gagasan bahawa keadilan dapat disampaikan dengan cara pembuatan sistem
peraturan dan juga prosedur yang objektif, serta tidak berat sebelah.
7.
Huraikan ukuran pencapaian pembangunan
politik sesebuah negara. Berikan contoh
dalam konteks negara Malaysia.
Ukuran pencapaian pembangunan politik sesebuah negara
diukur bedasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian,
pembangunan dan kemakmuran negara.
Seperti yang kita lihat di negara Malaysia, terdapat
pelbagai jenis etnik yang menetap di negara ini seperti melayu, cina, india,
bugis, kadazan, minagkabau dan lain-lain lagi. Kepelbagaian etnik di negara ini
dilihat sebagai suatu perkara yang positif kerana terdapat perpaduan di antara
etnik yang wujud. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat banyak program yang
diadakan yang melibatkan pelbagai etnik. Sebagai contoh, program yang dianjurkan
di institut pengajian tinggi iaitu Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan
mahasiswa cina dan india malah turut disertai oleh mahasiswa melayu. Dengan
adanya program sebegini di Malaysia, perpaduan dan keharmonian etnik dapat
diwujudkan dari kalangan pelajar sendiri seterusnya dapat disebarkan dalam
masyarakat lain dan akan memberi impak positif kepada pencapaian pembangunan
politik Malaysia.
8.
Huraikan matlamat pembangunan politik
menurut Islam?
Antara matlamat pembangunan politik menurut islam islah
mewujudkan sistem politik Islam atau pemerintahan Islam adalah kesinambungan
daripada tugas Rasulullah SAW yang kedua iaitu ketua Negra Islam. Hal ini
kerana, tugas Rasulullah SAW yang pertama adalah sebagai Nabi Rasul yang
terakhir tidak ada pengganti sampai hari kiamat kerana Baginda SAW adalah Nabi
dan Rasul yang terakhir.
9.
Apakah hak dan tanggungjawab rakyat
kepada pemimpin negara?
Hak dan tanggungjawab rakyat kepada pemimpin negara antaranya ialah:
·
Berusaha dalam mewujudkan
perpaduan dan mengukuhkan lagi kesatuan dalam masyarakat.
·
Selain itu, rakyat juga
bertanggungjawab dalam membantu pemimpin negara dalam melaksanakan usaha-usaha
untuk kemajuan negara seiring dengan kehendak pemimpin.
·
Seterusnya, rakyat juga
bertanggungjawab dalam mematuhi dan setia pada pemimpin negara selagi ianya
tidak melanggar syariat islam.
10.
Apakah hak dan tanggungjawab pemimpin
kepada rakyat?
Setiap pemerintah mempunyai
hak-haknya yang tersendiri yang wajib dipenuhi oleh rakyatnya dan dalam masa
yang sama pemerintah juga mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk
rakyatnya.
i.Hak seorang pemimpin.
• Dihormati oleh rakyat.
- pemimpin merupakan
seseorang yang perlu di hormati oleh semua rakyat kerana tanpanya tiada siapa
yang akan memimpin dan menguruskan rakyatnya.
ii. Tanggungjawab seorang
pemimpin.
• Menasihati rakyat.
- Menasihati dan menegur
mana-mana rakyat yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah
agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya
untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya.
• Memupuk kesetiaan masyarakat.
- Jangan melakukan sesuatu
yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka.
• Menjaga Keamanan.
- Seorang pemimpin yang
bertanggungjawab akan berusaha untuk menjaga keamanan negara yang dibawah
pimpinannya.
11.
Apakah kefahaman yang tepat dalam
menghubungkan politik dan agama? Adakah politik untuk agama, atau agama untuk
politik?
Kefahaman yang tepat dalam
menghubungkan politik dan agama adalah agama untuk politik kerana :
i.
Konsep awal politik dari agama.
• konsep awal politik yaitu
“Allah memerintahkan kepada manusia untuk tidak mendekati perbuatan-perbuatan
keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi (Q. 6:151)”,
• semua ilmu politik
berpandukan agama islam yang telah termaktub didalam Al-quran .
ii.
Islam sebagai agama dan peradaban yang
sempurna.
• Agama secara hakiki
berkaitan dengan politik seperti hukum-hakam, adab-adab sesama manusia dan
perbuatan lain yang dilakukan oleh manusia. Kebanyakan pemerintahan di seluruh
dunia menggunakan agama untuk menetapkan dan menguatkan kekuasaan politik.
12.
Sistem politik Islam tidak berteraskan
kepada city state, sebaliknya
mempunyai konsep ummah dan khilafah.
Jelaskan konsep ummah dan khilafah tersebut.
UMMAH
|
KHALIFAH
|
Pengertian:
Bahasa - Ummah bermaksud masyarakat; iaitu sekumpulan
individu yang hidup dalam sesebuah organisasi, sementara al Quran istilah
ummah yang disebut sebanyak 40 kali di dalamnya termasuk juga masyarakat jin.
Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah.
- Dalam konteks Sahifah Madinah, ummah merujuk kepada masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam negara kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.. Namun setelah golongan Yahudi dihalau keluar dari kota Madinah, maka konsep ummah hanya dijuruskan kepada golongan masyarakat Islam serta yang taat dengan Sahifah Madinah sahaja. |
Pengertian:
Bahasa - khalifah
bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah.
- Dalam konteks Sahifah Madinah pula khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam. |
SOALAN TAMAT