9 December 2015

NILAI MATERIAL MASYARAKAT INDIA LUAR BANDAR

            Seperti yang kita sedia maklum, nilai material bermaksud nilai-nilai yang boleh dilihat oleh mata kasar seperti kebudayaan, cara berpakaian, dan kesenian yang diamalkan oleh sesebuah kaum. Pada kali ini, kami telah membuat kajian tentang nilai material yang diamalkan oleh masyarakat india luar bandar.

1.    PAKAIAN TRADISIONAL

Seperti bangsa melayu yang kaya dengan pelbagai jenis pakaian tradisional, bangsa india luar bandar juga mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri yang menjadi kebanggaan bangsa mereka . Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.


Figure 1

Begitu juga dengan pakaian formal dan perayaan mereka, pakaian paling utama yang harus digayakan ialah sari dan dhoti kerana ia telah menjadi simbolik utama bagi kaum india yang sudah dikenali hampir di seluruh pelusuk dunia. Seperti bangsa melayu, mereka akan menggayakan baju kurung dan baju melayu semasa perayaan kerana ianya sudah menjadi simbolik bagi bangsa melayu di Malaysia.

1.    KESENIAN
Hasil temubual kami bersama Puan Vimala, beliau mengatakan ada
beberapa kesenian yang masih di amalkan sehingga kini seperti yoga dan ‘kolams’. Kebiasaannya, kaum hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolams’ iaItu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnai sebelum terbitnya matahari. Menurut kepercayaan mereka, ‘kolams’ ini dihias di hadapan pintu rumah mereka sebagai tanda keselamatan dan rahmat supaya setiap penghuni di rumah tersebut mendapat kesejahteraan. Selain daripada itu, pembentukkan kesenian ‘kolams’ dianggap sebagai satu tanda penghormatan kepada makluk kecil tuhan seperti semut, serangga, ayam dan burung datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh.  Kemahiran membuat ‘kolams’ ini biasanya diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Walaupun Nampak sukar untuk membina sebuah ‘kolams’, tetapi mereka tetap boleh melakukan dengan cantik dan unik. Menurut Puan Vimala, mereka hanya membuat ‘kolams’ mengikut kreativitinya sendiri yang kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni. Beliau juga sempat meluahkan rasa kesal dengan perubahan tradisi sekarang. Ada segelintir masyarakat inda yang hanya membeli pelekat ‘kolams’ di pasaraya kerana alasan tiada masa untuk membuat ‘kolams’ tersebut secara traditional.

            Selain itu, yoga juga merupakan kesenian yang berasal dari masyarakat india. Kesenian yoga wujud pada 5000 tahun dahulu. Kesenian yoga yang unggul ini adalah berasal dari negara india. Kesenian yoga adalah berasal daripada gabungan kesenian muzik dan pergerakan badan (Asana). Kesenian muzik yang terdapat dalam kesenian yoga adalah terhasil daripada sebutan Ohm dan Shanti. Kesenian yoga adalah salah satu seni yang terunggul antara kesemua seni dalam kesusteraan agama hindu. Asana atau pergerakan badan dan kesenian yoga terbahagi kepada beberapa jenis. Menurut Puan Vimala, kesenian yoga dapat mengawal emosi seseorang dan menyebabkan kesihatan fizikal dan mental terjamin. Menurutnya lagi, kesenian ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri daripada mengalami sebarang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, kemandulan, darah tinggi dan sebagainya.



figure 2: 'kolams'

figure 3: yoga

1.    ALAT KEBESARAN
Menurut Puan Vimala, antara alat kebesaran atau alat yang wajib ada di dalam setiap rumah penganut hindu ialah alat penyembahan . Antara alatan yang digunakan untuk melakukan upacara sembahyang bagi kaum hindu adalah talam yang diisi dengan kemenyan dan kapur. Selain itu, disediakan juga segelas air yang diisi di dalam gelas yang diperbuat daripada tembaga dan sebuah loceng yang bersaiz kecil yang bertujuan untuk memanggil tuhan mereka. Upacara sembahyang bagi kaum hindu ini wajib dilakukan setiap pagi .Ada segelintir bangsa hidu yang membawa patung kecil untuk memudahkan mereka untuk malakukan upacara sembahyang sekiranya tiada di rumah. Tetapi tidaklah menjadi kewajipan untuk membawanya kemana-mana.

No comments:

Post a Comment