Didikan
Menurut Puan Vimala,
mengikut peredaran zaman sekarang sebagai ibu bapa tidak boleh memarahi anak.
Hal ini kerana anak-anak pada zaman sekarang mudah megambil jalan singkat
seperti melarikan diri dari rumah apabila ditegur atau dimarahi. Oleh itu, ibu
bapa perlu menggunakan cara pendekatan yang terbaik untuk menegur atau memberi
nasihat kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak akan memukul anak-anak
mereka apabila bila mereka melakukan kesalahan tetapi sebaliknya memberi teguran
secara berhemah agar anak lebih mudah untuk menerima nasihat daripada ibu bapa.
Malah anak-anak akan memberikan pertolongan kepada ibu bapa secara sukarela
tanpa perlu disuruh oleh ibu bapa mereka. Sebagai contohnya, si anak akan
membantu ibu bapa melakukan kerja rumah tanpa disuruh.
Selain itu, Puan Vimala
turut menyatakan bahawa walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka masih
memberi nasihat kepada anak-anak. Hal ini kerana mereka ingin anak-anak dapat
memilih jalan yang betul dalam kehidupan dan tidak tersalah membuat pilihan
dalam sesuatu perkara itu.

Gambar 1: Memarahi anak
Panggilan dalam Keluarga
Di dalam masyarakat orang India,
mereka mempunyai panggilan-panggilan tertentu untuk kesemua ahli keluarga mereka. Panggilan-panggilan
ini dapat menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain samada yang tua mahupun
yang muda. Terdapat juga panggilan-panggilan tertentu untuk menunjukkan
panggilan manja seseorang itu. Sebagai contoh, panggilan manja untuk anak
lelaki bagi masyarakat India ialah ayya manakala panggilan manja untuk anak
perempuan pula ialah amma. Anak-anak akan lebih mudah untuk disuruh jika mereka dipanggil dengan panggilan yang manja. Puan Vimala sering memanggil anak-anaknya dengan panggilan yang manja. Hal ini kerana anak-anaknya akan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang ikhlas tanpa rasa terpaksa. walaubagaimanapun, anak-anaknya sering membantu ibu mereka. Malah, ketiadaan bapa membuatkan mereka bergantung sepenuhnya hidup kepada ibu mereka. Panggilan-panggilan yang digunakan dalam keluarga masyarakat India dapat dilihat seperti rajah di bawah:
Bahasa
Melayu
|
Bahasa
Tamil
|
Suami
|
atta/engei
|
Isteri
|
pelle/mei
|
Anak
lelaki (panggilan manja)
|
ayya
|
Anak
perempuan (panggilan manja)
|
amma
|
Abang
|
ane
|
Kakak
|
aka
|
Adik
lelaki
|
tambhi
|
Adik
perempuan
|
tankechi
|
Kakak
ipar
|
anni
|
Pak
cik
|
mama
|
Mak
cik
|
atte
|
Rajah 1: Panggilan dalam keluarga
masyarakat India

Gambar 2: Keluarga masyarakat India
Perkahwinan
Menurut Puan Vimala, perkahwinan seseorang itu terpulang pada diri
masing-masing samada ingin memeluk agama yang dianuti oleh sumai atau isteri sekiranya berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Sebagai
contoh, sekiranya isteri beragama Kristian maka si suami mengikut agama si
isteri. Walaubagaimanapun, ianya merupakan hak individu untuk menukar agama
sekiranya berkahwin dengan orang yang berlainan agama. Di dalam perkahwinan, si
isteri perlu melebihkan suami kerana suami merupakan ketua keluarga.
Menurut Puan Vimala lagi
ketika sesi temuduga mengenai kehidupan masyarakat India, dalam masyarakat
India si suami tidak dibenarkan utuk berkahwin lebih daripada satu.
Walaubagaimanapun, sekiranya si isteri telah meninggal maka ianya dibenarkan.
Namun begitu, terdapat sesetengah suami yang mempunyai perempuan simpanan di
mana si isteri mereka tidak mengetahui tentang wanita simpanan tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak patut berlaku kerana seharusnya dalam kehidupan seseorang lelaki itu hanya mempunyai seorang perempuan sahaja iaitu isteri selain ibu sendiri. Sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai wanita simpanan, maka ia dilihat seperti sesuatu yang tidak baik kerana telah menduakan isteri. Seharusnya seseorang lelaki itu menghargai isterinya kerana telah bersusah payah bersamanya sejak dari awal perkahwinan.

Gambar 3: Perkahwinan campur masyarakat India
No comments:
Post a Comment