Refleksi Ketiga

NURUL SYAHIRA BINTI ALIAS (2014491474)
Kedatangan orang barat untuk mengaut hasil bumi di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu telah memberi banyak pengajaran untuk penduduk di Malaysia kini. Walaubagaimanapun, pada pandangan saya semangat patriotisma pada masa kini semakin pudar. Kebanggaan negara yang dulu diraih semakin hilang. Semangat perpaduan seperti sudah dipura-purakan sahaja. Mungkin rakyat kita harus mengulit semula sejarah tanah air kita ini untuk kembali sedar akan kisah silam tanah yang dijejaki mereka ini. 



NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)


Pembelajaran kali ini menyentuh isu penjajahan dan kemerdekaan. Penjajahan yang berlaku memberi pengajaran buat kita agar kita lebih menghargai jasa ulama dan tokoh yang bertungkus lumus mempertahankan Tanah Melayu. Selain itu, tiada seorang pun yang murtad ketika sebelum kemerdekaan. Hal ini perlu dimuhasabah semula oleh kita semua sebagai hamba betapa pentingnya aqidah yang kukuh dan kuat. Mahu tegakkan islam, perlu mula dengan diri sendiri. Jadi, saya sendiri mempersoalkan ditahap manakah aku sebagai seorang hamba? Andai Rasullullah masih ada, apa Baginda gembira melihat aku dan semua dalam keadaan kita sekarang? pengorbanan Baginda membawa islam bukanlah mudah, maka kenapa kita sendiri mempersiakan pengorbanan Baginda? 


Nur Syazwani binti Mohd Zaini(2014662526)



Saya sedar bahawa betapa pentingnya ulama dalam memelihara maruah bangsa Melayu terutama agama Islam. Walaupun Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dijajah oleh negara Barat, tidak pernah seorang pun umat Islam di Tanah Melayu murtad. Hal ini turut menunjukkan bahawa aqidah orang Melayu yang beragama Islam pada suatu ketika dahulu sangat tinggi berbanding dengan masyarakat sekarang. Ulama pada zaman dahulu memainkan peranan yang sangat penting dalam mempertahankan Tanah Melayu tetapi masyarakat pada masa kini bagai sudah lupa dengan jasa yang telah dihulurkan oleh ulama kepada Tanah Melayu. Oleh itu, masyarakat terutamanya golongan remaja perlu menanamkan sifat ingin tahu tentang sejarah pada zaman dahulu sehingga mempunyai perasaan sayang pada negara dan rasa berterima kasih atas segala pengorbanan pejuang-pejuang Tanah Melayu pada zaman dahulu.


Nursyahadah binti Anuar(2014680854)

Pada pembelajaran kali ini, dapatlah di simpulkan bahawa pentingnya kita sebagai bangsa melayu untuk meningkatkan semula semangat bangsa melayu untuk membangkitkan semula nama melayu dan mempertahankan keistimewaan kita di negara Malaysia ini. Hal ini kerana pemimpin kita terdahulu susah payah untuk mempertahankan hak orang melayu. Kita sebagai bangsa melayu masa kini hendaklah meneruskan perjuangan pemimpin kita yang terdahulu.

No comments:

Post a Comment