9 December 2015

NILAI MATERIAL MASYARAKAT INDIA LUAR BANDAR

            Seperti yang kita sedia maklum, nilai material bermaksud nilai-nilai yang boleh dilihat oleh mata kasar seperti kebudayaan, cara berpakaian, dan kesenian yang diamalkan oleh sesebuah kaum. Pada kali ini, kami telah membuat kajian tentang nilai material yang diamalkan oleh masyarakat india luar bandar.

1.    PAKAIAN TRADISIONAL

Seperti bangsa melayu yang kaya dengan pelbagai jenis pakaian tradisional, bangsa india luar bandar juga mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri yang menjadi kebanggaan bangsa mereka . Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.


Figure 1

Begitu juga dengan pakaian formal dan perayaan mereka, pakaian paling utama yang harus digayakan ialah sari dan dhoti kerana ia telah menjadi simbolik utama bagi kaum india yang sudah dikenali hampir di seluruh pelusuk dunia. Seperti bangsa melayu, mereka akan menggayakan baju kurung dan baju melayu semasa perayaan kerana ianya sudah menjadi simbolik bagi bangsa melayu di Malaysia.

1.    KESENIAN
Hasil temubual kami bersama Puan Vimala, beliau mengatakan ada
beberapa kesenian yang masih di amalkan sehingga kini seperti yoga dan ‘kolams’. Kebiasaannya, kaum hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolams’ iaItu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnai sebelum terbitnya matahari. Menurut kepercayaan mereka, ‘kolams’ ini dihias di hadapan pintu rumah mereka sebagai tanda keselamatan dan rahmat supaya setiap penghuni di rumah tersebut mendapat kesejahteraan. Selain daripada itu, pembentukkan kesenian ‘kolams’ dianggap sebagai satu tanda penghormatan kepada makluk kecil tuhan seperti semut, serangga, ayam dan burung datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh.  Kemahiran membuat ‘kolams’ ini biasanya diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Walaupun Nampak sukar untuk membina sebuah ‘kolams’, tetapi mereka tetap boleh melakukan dengan cantik dan unik. Menurut Puan Vimala, mereka hanya membuat ‘kolams’ mengikut kreativitinya sendiri yang kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni. Beliau juga sempat meluahkan rasa kesal dengan perubahan tradisi sekarang. Ada segelintir masyarakat inda yang hanya membeli pelekat ‘kolams’ di pasaraya kerana alasan tiada masa untuk membuat ‘kolams’ tersebut secara traditional.

            Selain itu, yoga juga merupakan kesenian yang berasal dari masyarakat india. Kesenian yoga wujud pada 5000 tahun dahulu. Kesenian yoga yang unggul ini adalah berasal dari negara india. Kesenian yoga adalah berasal daripada gabungan kesenian muzik dan pergerakan badan (Asana). Kesenian muzik yang terdapat dalam kesenian yoga adalah terhasil daripada sebutan Ohm dan Shanti. Kesenian yoga adalah salah satu seni yang terunggul antara kesemua seni dalam kesusteraan agama hindu. Asana atau pergerakan badan dan kesenian yoga terbahagi kepada beberapa jenis. Menurut Puan Vimala, kesenian yoga dapat mengawal emosi seseorang dan menyebabkan kesihatan fizikal dan mental terjamin. Menurutnya lagi, kesenian ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri daripada mengalami sebarang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, kemandulan, darah tinggi dan sebagainya.



figure 2: 'kolams'

figure 3: yoga

1.    ALAT KEBESARAN
Menurut Puan Vimala, antara alat kebesaran atau alat yang wajib ada di dalam setiap rumah penganut hindu ialah alat penyembahan . Antara alatan yang digunakan untuk melakukan upacara sembahyang bagi kaum hindu adalah talam yang diisi dengan kemenyan dan kapur. Selain itu, disediakan juga segelas air yang diisi di dalam gelas yang diperbuat daripada tembaga dan sebuah loceng yang bersaiz kecil yang bertujuan untuk memanggil tuhan mereka. Upacara sembahyang bagi kaum hindu ini wajib dilakukan setiap pagi .Ada segelintir bangsa hidu yang membawa patung kecil untuk memudahkan mereka untuk malakukan upacara sembahyang sekiranya tiada di rumah. Tetapi tidaklah menjadi kewajipan untuk membawanya kemana-mana.

Nilai Kemasyarakatan dalam Masyarakat India Luar Bandar

Definisi kemasyarakatan ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat india merupakan antara etnik terbesar di Malaysia. Mereka juga telah membentuk identiti rakyat Malaysia dengan budaya mereka tersendiri.
Temubual dengan Puan Vimala telah meberi kefahaman yang lebih mendalam kepada kami tentang masyarakat India dari aspek kemasyarakatan. Antara hasil yang kami dapat adalah; kegiatan masa lapang, kegiatan ekonomi, perayaan, petua-petua, pantang larang dan ciri-ciri kepimpinan.


KEGIATAN MASA LAPANG
            Puan Vimala merupakan seorang yang sangat sibuk. Jika beliau ada masa lapang, Puan Vimala akan mengisinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Aktiviti yang dilakukan oleh Puan Vimala ialah, senaman yoga, menghadiri majlis dan bermesra bersama keluarga.
            Senaman yoga merupakan sebuah senaman yang berasal dari negara India. Yoga ialah senaman yang dilakukan mengikut posisi yang tertentu. Terdapat banyak teori yang dikemukakan tentang senaman yoga ini. Contohnya, yoga ini dilakukan sebagai ritual agama Hindhu. Walaubagaimanapun, Puan Vimala gunakan senaman ini cuma sebagai aktiviti riadah.


Gambar 1: Posisi yoga bernama Swastikasana


            Selain itu, puan Vimala sangat suka membantu orang sekeliling. Beliau gemar hadir majlis perkahwinan atau apa-apa perayaan untuk membantu dalam persiapan majlis. Contohnya, pada majlis perkahwinan beliau akan tolong membuat kolum untuk majlis tersebut.
Gambar 2: Lukisan kolum di lantai

        Kesibukan Puan Vimala di tempat kerja telah menyebabkan beliau tidak dapat meluangkan masa bersama keluarganya. Oleh sebab itu, beliau akan luangkan masa beliau bersama kedua-dua anak beliau.


KEGIATAN EKONOMI

Puan Vimalaa merupakan seorang tukang pembersih di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mambang Di Awan. Beliau juga melakukan kerja sampingan seperti berniaga. Sejak kehilangan suaminya, beliau mengambil alih tugas suaminya mencari rezeki untuk biaya anak-anaknya.
Anak perempuannya pula yang bernama Vinushna, bekerja sebagai pembantu di klinik Rama sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran.


PERAYAAN
            Setiap kaum mempunyai perayaan yang dilakukan turun temurun. Bagi masyarakat India, terdapat tiga jenis perayaan utama iaitu, Deepavali, Thaipusam dan Ponggal


Gambar 3: Perayaan Deepavali 

            Deepavali atau istilah Bahasa inggerisnya “The festival of light” merupakan suatu perayaan agama Hindhu untuk meraikan cahaya. Pada perayaan ini penganut Hindhu akan mandikan badannya dengan minyak lenga. Minyak lenga ini dikatakan suci bagi kaum India, begitu juga kunyit. Minyak lenga dipercayai memberi kekuatan pada badan mereka. Pembersihan rumah juga akan dilakukan lalu kunyit akan disapukan di dalam rumah untuk menandakan kesucian rumah tersebut. Selepas disucikan, kaum India menganggap diri mereka akan mulakan permulaan yang baru. Seterusnya, kaum India akan mengunjungi kuil untuk sembahyang.


Gambar 4: Pemberian susu kepada dewa jika nazar tercapai

            Thaipusam merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar. Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran seperti pemberian susu atau buah-buahan pada dewa mereka.


Gambar 5: Nasi manis 


Ponggal diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat  Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. Hidangan yang selalu dimasak didalam periuk tersebut ialah nasi manis.


PETUA
            Petua ialah suatu nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.
            Antara petua yang dapat dijelaskan oleh Puan Vimalaa ialah petua selepas melahirkan anak. Pertama sekali, serbuk kunyit harus disapu pada badan ibu dan bayi yang baru dilahir untuk memanaskan badan. Di samping itu, ibu haruslah minum air kopi untuk tujuan yang sama iaitu untuk memanaskan badan. Puan Vimalaa menyatakan bahawa tersebut tidak boleh minum apa-apa minuman selain kopi. Ibu tersebut perlu diberi makan kari yang digiling rempahnya tapi penggunaan santan harus dikecualikan. Ibu tersebut dinasihatkan untuk memakan ayam kampong untuk mengelak dari sakit-sakit badan. Ikan haruan juga boleh dimakan oleh ibu tersebut untuk mempercepatkan kesembuhan luka. Selepas bayi berumur 3 bulan, bayi haruslah dibawa ke kuil untuk sembahyang.
            Selain petua selepas melahirkan anak, Puan Vimalaa menyatakan kelebihan serbuk kunyit pada masyarakat India. Serbuk kunyit dipercayai membawa simbol kesucian pada masyarakat India. Serbuk kunyit digunakan untuk disapu pada dewa-dewa dan juga dinding rumah ketika perayaan. Ia juga boleh disapukan untuk kehidupan seharian selepas mandi.


 PANTANG LARANG
            Setiap bangsa mempunyai pantang larang sendiri untuk memastikan suatu tradisi dipatuhi. Antara pantang larang yang disebut adalah:
1)   Suami kepada seorang isteri yang mengandung tidak boleh memukul ular. Ini disebabkan masyarakat India mempercayai bahawa ia akan menyebabkan malang berlaku pada keluarga seperti keguguran bayi yang dikandung isteri tersebut.
2) Suami kepada seorang isteri juga tidak boleh membantu mengurus jenazah ketika pengebumian walaupun ibunya sendiri.
3) Perempuan yang menjalani haid tidak boleh memetik. Masyarakat India mempercayai bahawa perempuan tersebut tidak berada dalam keadaan suci untuk memetik bunga yang hidup kerana mereka percaya bahawa bunga tersebut mempunyai roh.
4) Pokok pisang tidak boleh ditanam di depan rumah. Seperti kaum Cina mempercayai fengshui, masyarakat India mempercayai kedudukan pokok pisang di depan rumah akan menghalang angina dari masuk ke dalam rumah.

Nilai Kekeluargaan dalam Masyarakat India Luar Bandar

Didikan


Menurut Puan Vimala, mengikut peredaran zaman sekarang sebagai ibu bapa tidak boleh memarahi anak. Hal ini kerana anak-anak pada zaman sekarang mudah megambil jalan singkat seperti melarikan diri dari rumah apabila ditegur atau dimarahi. Oleh itu, ibu bapa perlu menggunakan cara pendekatan yang terbaik untuk menegur atau memberi nasihat kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak akan memukul anak-anak mereka apabila bila mereka melakukan kesalahan tetapi sebaliknya memberi teguran secara berhemah agar anak lebih mudah untuk menerima nasihat daripada ibu bapa. Malah anak-anak akan memberikan pertolongan kepada ibu bapa secara sukarela tanpa perlu disuruh oleh ibu bapa mereka. Sebagai contohnya, si anak akan membantu ibu bapa melakukan kerja rumah tanpa disuruh.

Selain itu, Puan Vimala turut menyatakan bahawa walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka masih memberi nasihat kepada anak-anak. Hal ini kerana mereka ingin anak-anak dapat memilih jalan yang betul dalam kehidupan dan tidak tersalah membuat pilihan dalam sesuatu perkara itu.

   
Gambar 1: Memarahi anak



Panggilan dalam Keluarga


            Di dalam masyarakat orang India, mereka mempunyai panggilan-panggilan tertentu untuk kesemua ahli keluarga mereka. Panggilan-panggilan ini dapat menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain samada yang tua mahupun yang muda. Terdapat juga panggilan-panggilan tertentu untuk menunjukkan panggilan manja seseorang itu. Sebagai contoh, panggilan manja untuk anak lelaki bagi masyarakat India ialah ayya manakala panggilan manja untuk anak perempuan pula ialah amma. Anak-anak akan lebih mudah untuk disuruh jika mereka dipanggil dengan panggilan yang manja. Puan Vimala sering memanggil anak-anaknya dengan panggilan yang manja. Hal ini kerana anak-anaknya akan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang ikhlas tanpa rasa terpaksa. walaubagaimanapun, anak-anaknya sering membantu ibu mereka. Malah, ketiadaan bapa membuatkan mereka bergantung sepenuhnya hidup kepada ibu mereka. Panggilan-panggilan yang digunakan dalam keluarga masyarakat India dapat dilihat seperti rajah di bawah:




Bahasa Melayu
Bahasa Tamil
Suami
atta/engei
Isteri
pelle/mei
Anak lelaki (panggilan manja)
ayya
Anak perempuan (panggilan manja)
amma
Abang
ane
Kakak
aka
Adik lelaki
tambhi
Adik perempuan
tankechi
Kakak ipar
anni
Pak cik
mama
Mak cik
atte

Rajah 1: Panggilan dalam keluarga masyarakat India




                               
Gambar 2: Keluarga masyarakat India


Perkahwinan


Menurut Puan Vimala, perkahwinan seseorang itu terpulang pada diri masing-masing samada ingin memeluk agama yang dianuti oleh sumai atau isteri sekiranya berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Sebagai contoh, sekiranya isteri beragama Kristian maka si suami mengikut agama si isteri. Walaubagaimanapun, ianya merupakan hak individu untuk menukar agama sekiranya berkahwin dengan orang yang berlainan agama. Di dalam perkahwinan, si isteri perlu melebihkan suami kerana suami merupakan ketua keluarga.

Menurut Puan Vimala lagi ketika sesi temuduga mengenai kehidupan masyarakat India, dalam masyarakat India si suami tidak dibenarkan utuk berkahwin lebih daripada satu. Walaubagaimanapun, sekiranya si isteri telah meninggal maka ianya dibenarkan. Namun begitu, terdapat sesetengah suami yang mempunyai perempuan simpanan di mana si isteri mereka tidak mengetahui tentang wanita simpanan tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak patut berlaku kerana seharusnya dalam kehidupan seseorang lelaki itu hanya mempunyai seorang perempuan sahaja iaitu isteri selain ibu sendiri. Sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai wanita simpanan, maka ia dilihat seperti sesuatu yang tidak baik kerana telah menduakan isteri. Seharusnya seseorang lelaki itu menghargai isterinya kerana telah bersusah payah bersamanya sejak dari awal perkahwinan.




                                            
Gambar 3: Perkahwinan campur masyarakat India





                                             

8 December 2015

Pembikinan Video Nilai

Assalamualaikum, sedikit pekongsiaan di saat kami menyiapkan video nilai yang akan dibentangkan pada minggu ke 13. Antara tempat yang kami ambil untuk dimasukkan di dalam video nilai ini ialah di masjid negara.