Refleksi Pertama

NURUL SYAHIRA BINTI ALIAS (2014491474)

Manusia diberi peluang untuk membuktikan kasih sayang mereka pada Tuhan dengan cara yang paling sesuai baginya. Namun begitu, manusia telah lupa dengan janjinya lalu mengikut jalan syaitan dan hanyut dengan kemewahan duniawi. pembelajaran lima alam ini telah menyedarkan saya atas kealpaan tersebut.



NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)

Pembelajaran 5 alam benar-benar menyedarkan saya sebagai seorang hamba Allah. jadi hamba, biar sebenar-benar hamba. bukan ikut masa, tapi setiap masa. Pengakuan 'bersangatan ya' pada Allah dengan rela dan bukan dalam paksa. Semuanya bergantung pada roh. Jadi, Roh yang suci jangan dikotori. Selain itu, berdoa jangan ada putus asa dengan Allah. Sedangkan permintaan Syaitan untuk menyesatkan manusia pun turut dimakbulkan Allah, apatah kita sebagai hamba. Allah Maha Pemurah, doalah apa saja. Dia dengar

Nur Syazwani binti Mohd Zaini (2014662526)


Pada pembelajaran yang lepas saya telah mempelajari bahawa sebagai hamba Allah, kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi. Sebagai contoh kita haruslah ikhlas dalam memberi kerana apa yang dimiliki kita pada hari ini adalah milik Allah. Kita juga harus mempunyai pandangan yang baik terhadap semua orang. Hal ini kerana kita tidak tahu apa yang dilalui oleh seseorang itu melainkan hanya Allah SWT sahaja. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan kurniaan nikmat yang Allah beri dan sentiasa berprasangka baik dengan orang lain.


Nursyahadah binti Anuar(2014680854)
Pembelajaran kali ini memberi kesedaran tentang perjalanan hidup seorang hamba Allah di muka bumi ini tidak kira bangsa dan agama. Dengan mengetahui asal usul diri kita, kita henaklah merasa rendah diri kerana keberadaan kita di dunia ini hanyalah sementara dan akan 'pindah' kedunia yang selama-lamanya iaitu dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment