Nur Syazwani binti Mohd Zaini (2014662526)
Alhamdulillah, saya telah pelajari erti taat dan syukur. Sebagai rakyat kita haruslah mentaati pemimpin negara kita. Mentaati pemimpin yang zalim juga perlu sekiranya ia akan mendatangkan kemudaratan kepada kita dan orang sekeliling kita jika tidak mentaati pemimpin tersebut. Namun, pada masa yang sama kita perlu mentaati Allah. Ketaatan yang mutlak hanyalah milik Allah. Sebagai hamba Allah, kita haruslah mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT. Semua yang diperolehi adalah datangnya daripada Allah. Hatta untuk mengangkat tangan pun atas izin daripada Allah. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Nor Sabrina Bt Mohd Ali (2014462916)
Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah tajuk kumpulan kami untuk membentangkan tentang politik pada minggu ini. Apa yang saya pelajari daripada tajuk ini ialah betapa besarnya amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin dan rakyat. kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah kerajaan. Sudah pastinya, Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda merupakan contoh terbaik sebagai pemimpin. Betapa hebatnya Baginda dalam pemerintahan. Sebagai Pemimpin, hak rakyat perlu diberi untuk mendapatkan ketaatan. Manakala, sebagai rakyat, ketaatan kepada pemimpin dan wujudkan perpaduan perlu dipenuhi untuk mendapatkan hak kita sebagai rakyat. Maka, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua pihak perlu memberi untuk menerima. Akhir sekali, tanggungjawab dan amanah kita kelak akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat sana. Jadi, mari menjalankan tangungjawab sebaik mungkin lillahitaala.
Nurul Syahira Binti Alias (2014491474)
Akhirnya pembentangan kami telah memberi kesedaran betapa pentingnya mempelajari ilmu bidang politik. Anak-anak muda sekarang semakin memberontak tanpa tahu sebab yang sebenar. Mereka cuma tahu isu-isu yang ada di lapisan luar. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah lebih prihatin terhadap sistem pentadbiran negara kita dan sentiasa mengupas isu-isu semasa untuk memahami situasi yang dihadapi negara kita. Setiap warganegara haruslah tahu cara menganalisis tahap pencapaian negara kita untuk menyemai rasa takut jika negara kita semakin teruk.
NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)
Selesai sudah pembentangan kami yang bertajuk Pembanguna politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia. kita sebagai rakyat malaysia terutamanya golongan muda pada masa kini hendaklah peka dengan keadaan politik yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. hal ini bertujuan untuk menganbil pengajaran daripada apa yang berlaku dan dijadikan panduan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment