Definisi kemasyarakatan
ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu. Masyarakat india merupakan antara etnik terbesar di Malaysia.
Mereka juga telah membentuk identiti rakyat Malaysia dengan budaya mereka
tersendiri.
Temubual dengan Puan Vimala
telah meberi kefahaman yang lebih mendalam kepada kami tentang masyarakat India
dari aspek kemasyarakatan. Antara hasil yang kami dapat adalah; kegiatan masa
lapang, kegiatan ekonomi, perayaan, petua-petua, pantang larang dan ciri-ciri
kepimpinan.
KEGIATAN MASA
LAPANG
Puan
Vimala merupakan seorang yang sangat sibuk. Jika beliau ada masa lapang, Puan
Vimala akan mengisinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Aktiviti yang
dilakukan oleh Puan Vimala ialah, senaman yoga, menghadiri majlis dan bermesra
bersama keluarga.
Senaman
yoga merupakan sebuah senaman yang berasal dari negara India. Yoga ialah
senaman yang dilakukan mengikut posisi yang tertentu. Terdapat banyak teori
yang dikemukakan tentang senaman yoga ini. Contohnya, yoga ini dilakukan
sebagai ritual agama Hindhu. Walaubagaimanapun, Puan Vimala gunakan senaman ini
cuma sebagai aktiviti riadah.
![]() |
Gambar 1: Posisi yoga bernama Swastikasana |
Selain
itu, puan Vimala sangat suka membantu orang sekeliling. Beliau gemar hadir
majlis perkahwinan atau apa-apa perayaan untuk membantu dalam persiapan majlis.
Contohnya, pada majlis perkahwinan beliau akan tolong membuat kolum untuk majlis
tersebut.
![]() |
Gambar 2: Lukisan kolum di lantai |
Kesibukan
Puan Vimala di tempat kerja telah menyebabkan beliau tidak dapat meluangkan
masa bersama keluarganya. Oleh sebab itu, beliau akan luangkan masa beliau
bersama kedua-dua anak beliau.
KEGIATAN
EKONOMI
Puan Vimalaa merupakan seorang tukang pembersih di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mambang Di Awan. Beliau juga melakukan kerja sampingan seperti berniaga. Sejak kehilangan suaminya, beliau mengambil alih tugas suaminya mencari rezeki untuk biaya anak-anaknya.
Anak perempuannya pula yang
bernama Vinushna, bekerja sebagai pembantu di klinik Rama sementara menunggu
peluang melanjutkan pelajaran.
PERAYAAN
Setiap
kaum mempunyai perayaan yang dilakukan turun temurun. Bagi masyarakat India,
terdapat tiga jenis perayaan utama iaitu, Deepavali, Thaipusam dan Ponggal
Gambar 3: Perayaan Deepavali
Deepavali
atau istilah Bahasa inggerisnya “The festival of light” merupakan suatu perayaan
agama Hindhu untuk meraikan cahaya. Pada perayaan ini penganut Hindhu akan
mandikan badannya dengan minyak lenga. Minyak lenga ini dikatakan suci bagi
kaum India, begitu juga kunyit. Minyak lenga dipercayai memberi kekuatan pada
badan mereka. Pembersihan rumah juga akan dilakukan lalu kunyit akan disapukan
di dalam rumah untuk menandakan kesucian rumah tersebut. Selepas disucikan,
kaum India menganggap diri mereka akan mulakan permulaan yang baru. Seterusnya,
kaum India akan mengunjungi kuil untuk sembahyang.
![]() |
Gambar 4: Pemberian susu kepada dewa jika nazar tercapai |
Thaipusam
merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka
bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar. Nazar yang membawa
maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran seperti pemberian susu atau buah-buahan pada dewa mereka.
![]() |
Gambar 5: Nasi manis |
Ponggal diraikan secara
beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya
diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai
hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama
terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. Hidangan yang selalu
dimasak didalam periuk tersebut ialah nasi manis.
PETUA
Petua
ialah suatu nasihat,
petunjuk atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang
berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.
Antara petua yang dapat dijelaskan
oleh Puan Vimalaa ialah petua selepas melahirkan anak. Pertama sekali, serbuk
kunyit harus disapu pada badan ibu dan bayi yang baru dilahir untuk memanaskan
badan. Di samping itu, ibu haruslah minum air kopi untuk tujuan yang sama iaitu
untuk memanaskan badan. Puan Vimalaa menyatakan bahawa tersebut tidak boleh
minum apa-apa minuman selain kopi. Ibu tersebut perlu diberi makan kari yang
digiling rempahnya tapi penggunaan santan harus dikecualikan. Ibu tersebut
dinasihatkan untuk memakan ayam kampong untuk mengelak dari sakit-sakit badan.
Ikan haruan juga boleh dimakan oleh ibu tersebut untuk mempercepatkan
kesembuhan luka. Selepas bayi berumur 3 bulan, bayi haruslah dibawa ke kuil untuk
sembahyang.
Selain petua selepas melahirkan
anak, Puan Vimalaa menyatakan kelebihan serbuk kunyit pada masyarakat India.
Serbuk kunyit dipercayai membawa simbol kesucian pada masyarakat India. Serbuk
kunyit digunakan untuk disapu pada dewa-dewa dan juga dinding rumah ketika
perayaan. Ia juga boleh disapukan untuk kehidupan seharian selepas mandi.
PANTANG LARANG
Setiap
bangsa mempunyai pantang larang sendiri untuk memastikan suatu tradisi
dipatuhi. Antara pantang larang yang disebut adalah:
1) Suami kepada
seorang isteri yang mengandung tidak boleh memukul ular. Ini disebabkan
masyarakat India mempercayai bahawa ia akan menyebabkan malang berlaku pada
keluarga seperti keguguran bayi yang dikandung isteri tersebut.
2) Suami kepada
seorang isteri juga tidak boleh membantu mengurus jenazah ketika pengebumian
walaupun ibunya sendiri.
3) Perempuan yang
menjalani haid tidak boleh memetik. Masyarakat India mempercayai bahawa
perempuan tersebut tidak berada dalam keadaan suci untuk memetik bunga yang
hidup kerana mereka percaya bahawa bunga tersebut mempunyai roh.
4) Pokok pisang
tidak boleh ditanam di depan rumah. Seperti kaum Cina mempercayai fengshui,
masyarakat India mempercayai kedudukan pokok pisang di depan rumah akan menghalang
angina dari masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment