Refleksi Kedua

NOR SABRINA BINTI MOHD ALI (2014462916)

ASSALAMUALAIKUM,
Pada pembelajaran yang lepas, saya lebih mengerti dimana kita hamba Allah diberi islam sebagai anugerah. Bukanlah paksaan, tetapi hadiah dalam kerelaan. Pembelajaran yang lepas, ustazah ade menerangkan firman Allah dalam surah Al Hujurat. Saya sedar dimana cukup mendalam ayat cinta dari Allah. Dimana ada menerangkan, kita sebagai umat manusia perlu menjauhi sikap bersangka buruk, mengumpat, memanggil dengan panggilan yang tidak baik. Allah menciptakan kita semua berlainan bukan untuk bermusuhan tetapi terus berkenalan. Seterusnya, orang paling mulia disisi Allah itu orang yang bertaqwa. Benar, susah kita mahu mujahadah menjadi hamba mulia di sisi Allah. Tetapi, selagi kita mujahadah insha Allah, Allah ambil kira usaha kita. Jadi, jangan sesekali putus asa setelah tergelincir. Moga kita terus bangun dan hargai nikmat islam yang dikurniakan, insha Allah.



NUR SYAZWANI BINTI MOHD ZAINI (2014662526)

Alhamdulillah, saya telah mendapat serba-sedikit input daripada pembelajaran yang lepas. Antaranya, kita tidak seharusnya sombong dan berbangga diri kerana apa yang ada pada diri kita sebenarnya datang daripada Allah. Tidak ada satu pun hak kita melainkan semuanya hak Allah. Oleh itu, kita perlu buangkan sifat mazmumah tersebut dan kembali kepada Allah SWT yang menciptakan kita semua serta sekalian makhluk yang ada di bumi dan di langit ini.




NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)

-  Antara kaedah untuk jadi tentera syaitan ialah sentiasa dorong orang lain untuk buat benda yang tak elok dan suka memutuskan harapan orang yang orang yang tengah down dengan Tuhan. Sifat-sifat yang negatif ni kita boleh elakkan dan tutup dengan memperbanyakkan amalan Sunnah Rasulullah contohna berzikir dan selalu ingat Allah.
- sikap prejudis ni tidak sepatutnya ada dalam diri setiap manusia sebab ia akan berlarutan dan akan memberikan kesan yang negatif pada diri dan juga orang lain.



NURUL SYAHIRA BINTI ALIAS (2014491474)

Apa yang saya belajar pada minggu yang kedua ialah kita sebagai manusia haruslah mensyukuri apa yang telah diberi oleh Allah SWT. Janganlah menghakimi seseorang dari segi luaran. Kita tidak tahu apa ujian yang diberi padanya oleh Allah SWT. Sebagai contoh, seorang individu yang hidup dalam cara yang mewah, kebiasaannya orang sekeliling akan memberi pandangan bahawa orang tersebut hidup secara senang dan terjaga. Namun begitu, mereka tidak tahu sebenarnya individu tersebut dihantui dengan hutang yang banyak. 

No comments:

Post a Comment