21 December 2015

Bab 3: Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015



NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)
NURUL SYAHIRA BT ALIAS (2014491474)
NUR SYAZWANI BINTI MOHD ZAINI (2014662526)
NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)



Soalan 1:  Jelaskan konsep perlembagaan

-          Konsep Perlembagaan ialah Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja. Ianya juga terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis.



-          Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan adalah satu set peraturan tentang hak kuasa dan prosedur serta tangunggjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.



-   Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?

Komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan ialah:

A) Perundangan yang melibatkan parlimen, dewan negara dan dewan rakyat dan juga rakyat iaitu pengundi
B) Eksekutif yang melibatkan perdana menteri, jemaah menteri dan kabinet,                         kementerian dan jabatan
C) Kehakiman iaitu termasuk ketua hakim negara dan mahkamah.



Soalan 2:  Mengapakah perlembagaan penting?

-          Perlembagaan sangat penting di sesebuah negara bagi menjamin dan memastikan kelangsungan kestabilan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di dalam negara. Hal ini demikian kerana, perlembagaan menjadi dasar atau formula bagi sumber rujukan dalam apa-apa masalah yang berlaku mengenai kerajaan, kepelbagaian agama, mahupun bangsa.



Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?

-          Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.



Soalan 3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

-          Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.



Soalan 4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:



Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Ahli Majlis Kuasa Raja Melayu tanpa kuasa.
Raja-raja Melayu menjadi ketua agama.
DYMM Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama bagi negeri-negeri dan agama Islam adalah urusan negeri-negeri serta menurut tradisi dan warisan sejarah, Raja-Raja Melayu berkuasa penuh ke atas agama Islam.
Agama Islam
Penyatuan pentadbiran Agama Islam
Islam adalah agama persekutuan.
Agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Kedudukan negeri-negeri Melayu
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
11 buah negeri digabungkan
Kedudukan negeri-negeri yang lazimnya masing-masing mempunyai autonomi dan kekuatan sendiri.
Kerakyatan / Kewarganegaraan
Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli
Syarat kerakyatan diperketatkan.
Melalui jus soli, perkahwinan, naturalisasi dan jus sanguinis.
Ketua Pentadbiran Negeri
Pegawai British
Raja-raja melayu menjadi ketua negeri Melayu.
Yang di-pertuan Agong dengan nasihat perdana menteri.
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Hak dan keistimewaan orang Melayu terhakis.
Hak dan keistimewaan orang Melayu dijamin dan dikekalkan
Hak dan keistimewaan orang Melayu dijamin dan dikekalkan




Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?

-          3 sebab utama utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union ialah kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri, hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli, dan hak sama rata kepada semua warganegara tanpa  mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak  memiliki apa-apa keistimewaan.
Penduduk Tanah Melayu pada ketika itu sangat mementingkan kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa mereka. Semangat patriotisme mereka juga sangat kuat pada ketika itu.



Soalan 5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia


Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Perkara imbangannya
Pemerintahan Beraja

·         Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara
·         Dilindungi di bawah Akta Hasutan.
·         Dianggap sebagai isu sensitif
·         Dilarang dijadikan isu perbincangan awam
·         Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan

·         Tonggak keagungan kerajaan Malaysia
·         Memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita

Islam sebagai agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk:
·         Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam
·         Melaksanakan ajaran Islam
·         Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.
·         Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
·         Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
·         Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
·         Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
·         Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
·         Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

·         Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
·         Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
·         Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
·         Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

Bahasa lain dibenarkan untuk diguna
Kedudukan istimewa orang Melayu
·         YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan
·         Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada sesiapa merakan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan biasiswa, keistimewaan atau pelucutan dan penamatan permit yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut.
·         Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain
·         Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu
·         Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan
·         Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia
·         Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang pendidikan
·         Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing
Hak etnik lain tidak boleh dilucutkan





Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)

-          Apakah persamaan dan perbezaan?



Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Dibentuk berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957


Al-Quran dan al-Hadis
Tujuan
Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Utuk mengubah sikap ‘assabiyah di kalangan penduduk Madinah dan untuk dijadikan panduan untuk hidup bersama di antara orang Islam dengan bukan Islam di Madinah.

Hak pemerintah
Hak untuk ditaati dan dipatuhi
Hak untuk ditaati dan dipatuhi

Hak rakyat
Hak bersuara, berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan melalui saluran-saluran yang betul.

Kebebasan beragama, hak mendapat keamanan dan perlindungan, hak sama rata
Tanggungjawab pemerintah
Menjaga perpaduan rakyat dan keharmonian negara.

Mentafsir, menunjuk, dan melaksanakan syariat Islam.
Tanggungjawab rakyat
Menyanjung, menunjung tinggi,mendaulat, dan mempertahankan
Perlembagaan Malaysia.

Mentaati, memberi dokongan, dan nasihat kepada pemerintah.

Berusaha mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Mempertahankan kedaulatan negara, mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Hubungan dengan bukan Islam
Saling menjaga kehormatan di antara satu sama lain

Saling menjaga kehormatan di antara satu sama lain



16 December 2015

LATIHAN BAB 5 : POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Description: uitm-logo.gif
LATIHAN BAB 5 : POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sila jawab semua soalan secara berkumpulan.
Tuliskan nama ahli dan no matriks untuk tujuan semakan.

NOR SABRINA BT MOHD ALI (2014462916)
NURUL SYAHIRA BT ALIAS (2014491474)
NUR SYAZWANI BINTI MOHD ZAINI (2014662526)
NURSYAHADAH BINTI ANUAR (2014680854)

1.    Sistem politik Malaysia adalah berdasarkan Raja berperlembagaan dan Demokrasi berparlimen.  Jelas dua konsep tersebut.
•Raja Berperlembagaan - Ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.

•Demokrasi Berparlimen - Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.



2.    Modenisasi dalam sistem politik Malaysia mempunyai beberapa matlamat tertentu.  Huraikan 2 matlamat pembangunan atau modenisasi politik di Malaysia.

                  i.        Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu pada keperluan politik.
                 ii.        Perubahan struktur dan budaya politik
Perbezaan struktur politik iaitu perubahan struktur politik yang bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip pembahagian kuasa pemerintahan antara tiga badan yang saling terpisah dan mengawasi antara satu sama lain iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif.
Sekularisasi budaya politik ialah perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut.

3.    Terdapat 3 pembaharuan yang dibawa oleh Barat dalam politik di Malaysia iaitu konsep negara bangsa, perubahan struktur politik dan perubahan budaya politik.  Bincangkan ketiga-tiga perubahan tersebut dengan memberikan contoh yang sesuai.
Ø   Konsep negara bangsa
Diasaskan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kemunculan kerajaan disebabkan oleh raja. Rakyat menumpahkan kesetiaan kepada raja akan menentukan sempadan kerajaan. Kuasa Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional. Bagi masyarakat Melayu tradisional, negeri bererti kawasan, manakala kerajaan disebut sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. British menetapkan sempadan setiap kerajaan. Pengenalan Malayan Union untuk membina Negara dan bangsa. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua negeri Melayu dalam pentadbiran pusat. Malaysia dibentuk dengan penggabungan Sabah dan Sarawak. Pembinaan bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 28 Februari 1991.


Ø  Struktur politik – demokrasi politik
Struktur politik masyarakat tradisional sebelum kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah memberikan kuasa mutlak kepada raja atau sultan. Masyarakat feudal sangat memerlukan perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini setiap orang terikat dengan sistem itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di Muara Sungai Perak sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-1872 mendapat $180,000 setahun daripada lombong-lombong di Larut. Kehadiran kolonialisme British telah menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan daripada pengenalan dasar ekonomi yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar

Ø  Budaya politik –
Budaya politik yang demokratik, patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat, bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat, oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa  berdasarkan kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilai-nilai Islam serta etika.

4.    Apakah yang dimaksudkan dengan negara bangsa?
-       Negara bangsa ialah suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.

Berikan contoh negara yang mengamalkan dasar negara bangsa selain Malaysia?
-       Portugal, Iceland, dan Jepun.

Apakah ukuran pencapaian bagi konsep negara bangsa?
-       Pembinaan Negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan, termasuk penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat permuafakatan nasionalisme melalui simbol dan ritual Negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan perayaan hari kemerdekaan.

5.    Demokrasi adalah satu nilai yang dianggap universal dan dipaksakan oleh Barat ke atas dunia.  Apakah kebaikan dan keburukan demokrasi menurut Islam?

Kebaikan Demokrasi
Keburukan Demokrasi
1)    Tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana menganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layanan yang sama patut diberikan. Semua rakyat diberi hak sama rata.
2)    Rakyat berhak memilih pemimpin.
3)    Rakyat berhak memberi pandangan dan menyuarakan pendapat. 
4)    Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan.
5)    Melindungi hak rakyat.
1)    Demokrasi bersumberkan dari akal manusia yang lemah sedangkan Islam bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’, dan Qiyas.
2)    Undang-undang dilaksanakan berasaskan fikiran manusia sedangkan dalam Islam undang-undang merupakan hak Allah dan dilaksanakan oleh manusia.
3)    Menghukum melalui undang-undang yang telah disepakati oleh majority wakil rakyat sedangkan Islam menghukum melalui syariat Islam.
4)    Hukum sesuatu itu berubah-ubah menurut kehendak dan kemahuan majoriti wakil rakyat sedangkan dalam syariat Islam sifatnya kekal tetapi boleh berubah mengikut keadaan seperti darurat.
5)    Penyelesaian masalah berdasarkan undian atau pungutan suara sedangkan Islam mengamalkan musyawarah.


6.    Apakah indikator yang dapat mengukur tahap demokrasi sesebuah negara?
-       Melalui pengamalan konsep “Rule of Law”. Rule of law adalah satu legalisme undang-undang yang mengandungi sesuatu gagasan bahawa keadilan dapat disampaikan dengan cara pembuatan sistem peraturan dan juga prosedur yang objektif, serta tidak berat sebelah.

7.    Huraikan ukuran pencapaian pembangunan politik sesebuah negara.  Berikan contoh dalam konteks negara Malaysia.

Ukuran pencapaian pembangunan politik sesebuah negara diukur bedasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara.
Seperti yang kita lihat di negara Malaysia, terdapat pelbagai jenis etnik yang menetap di negara ini seperti melayu, cina, india, bugis, kadazan, minagkabau dan lain-lain lagi. Kepelbagaian etnik di negara ini dilihat sebagai suatu perkara yang positif kerana terdapat perpaduan di antara etnik yang wujud. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat banyak program yang diadakan yang melibatkan pelbagai etnik. Sebagai contoh, program yang dianjurkan di institut pengajian tinggi iaitu Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa cina dan india malah turut disertai oleh mahasiswa melayu. Dengan adanya program sebegini di Malaysia, perpaduan dan keharmonian etnik dapat diwujudkan dari kalangan pelajar sendiri seterusnya dapat disebarkan dalam masyarakat lain dan akan memberi impak positif kepada pencapaian pembangunan politik Malaysia.
8.    Huraikan matlamat pembangunan politik menurut Islam?
Antara matlamat pembangunan politik menurut islam islah mewujudkan sistem politik Islam atau pemerintahan Islam adalah kesinambungan daripada tugas Rasulullah SAW yang kedua iaitu ketua Negra Islam. Hal ini kerana, tugas Rasulullah SAW yang pertama adalah sebagai Nabi Rasul yang terakhir tidak ada pengganti sampai hari kiamat kerana Baginda SAW adalah Nabi dan Rasul yang terakhir.

9.    Apakah hak dan tanggungjawab rakyat kepada pemimpin negara?
Hak dan tanggungjawab rakyat kepada pemimpin negara antaranya ialah:
·         Berusaha dalam mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi kesatuan dalam masyarakat.
·         Selain itu, rakyat juga bertanggungjawab dalam membantu pemimpin negara dalam melaksanakan usaha-usaha untuk kemajuan negara seiring dengan kehendak pemimpin.
·         Seterusnya, rakyat juga bertanggungjawab dalam mematuhi dan setia pada pemimpin negara selagi ianya tidak melanggar syariat islam.

10.  Apakah hak dan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat?
Setiap pemerintah mempunyai hak-haknya yang tersendiri yang wajib dipenuhi oleh rakyatnya dan dalam masa yang sama pemerintah juga mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk rakyatnya.
i.Hak seorang pemimpin.
Dihormati oleh rakyat.
- pemimpin merupakan seseorang yang perlu di hormati oleh semua rakyat kerana tanpanya tiada siapa yang akan memimpin dan menguruskan rakyatnya.

ii. Tanggungjawab seorang pemimpin.
Menasihati rakyat.
- Menasihati dan menegur mana-mana rakyat yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya.
Memupuk kesetiaan masyarakat.
- Jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka.
Menjaga Keamanan.
- Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menjaga keamanan negara yang dibawah pimpinannya.

11.  Apakah kefahaman yang tepat dalam menghubungkan politik dan agama? Adakah politik untuk agama, atau agama untuk politik?
Kefahaman yang tepat dalam menghubungkan politik dan agama adalah agama untuk politik kerana :
               i.        Konsep awal politik dari agama.
• konsep awal politik yaitu “Allah memerintahkan kepada manusia untuk tidak mendekati perbuatan-perbuatan keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi (Q. 6:151)”,
• semua ilmu politik berpandukan agama islam yang telah termaktub didalam Al-quran .

              ii.        Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna.
• Agama secara hakiki berkaitan dengan politik seperti hukum-hakam, adab-adab sesama manusia dan perbuatan lain yang dilakukan oleh manusia. Kebanyakan pemerintahan di seluruh dunia menggunakan agama untuk menetapkan dan menguatkan kekuasaan politik.

12.  Sistem politik Islam tidak berteraskan kepada city state, sebaliknya mempunyai konsep ummah dan khilafah.  Jelaskan konsep ummah dan khilafah tersebut.

UMMAH
KHALIFAH
Pengertian:
Bahasa - Ummah bermaksud masyarakat; iaitu sekumpulan individu yang hidup dalam sesebuah organisasi, sementara al Quran istilah ummah yang disebut sebanyak 40 kali di dalamnya termasuk juga masyarakat jin.


Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah.

- Dalam konteks Sahifah Madinah, ummah merujuk kepada masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam negara kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.. Namun setelah golongan Yahudi dihalau keluar dari kota Madinah, maka konsep ummah hanya dijuruskan kepada golongan masyarakat Islam serta yang taat dengan Sahifah Madinah sahaja.
Pengertian:
Bahasa - khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 



Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah.

- Dalam konteks Sahifah Madinah pula khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.



SOALAN TAMAT